Shortbread Cookies
Cookies ni pun Ummi buat Sabtu malam kelmarin...lepas wat cornflakes tuh..bila dah siap, rasa cam sikit je pulak...Kuih ni memang sedap, gebu je bila masuk dalam mulut (*Mat jangan terasa lak..betul ni, mintak ampuuun awal2 ni..), ala-ala kuih makmur jee...Ni pun resepi sejak zaman dulu kala lagi...sebab tu sukatan dia ni guna tin susu gitu..hehe..
Bahan:- (lebihkurang 80 biji - ikut saiz)
3 tin susu kecil tepung gandum (*)
1/4 tin susu kecil tepung ubi (*)
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanila
250 gm butter atau secukupnya untuk digaul lembut
Gula halus (digaul lepas bakar)
(*Nota: boleh juga digunakan mug air yang tidak terlalu besar)
Cara-Cara:-
Ayak bersama tepung gandum dan tepung ubi. Tuang ke dalam mangkuk besar. Pukul sikit kuning telor dengan esen vanila. Tuangkan ke dalam adunan tepung. Uli dengan butter hingga benar-benar lembut untuk dicanai. Canai lebih kurang 1/2 cm dan terap dengan acuan kesukaan. Bakar pada suhu 175 Celcius selama 10 - 12 minit. Jangan terlalu garing, cukup sekadar kekuningan agar biskut lembut dan gebu..
0 Response to "Shortbread Cookies"
Catat Ulasan