Ngeri,Pasangan Pengantin Makan Kemaluan Per0g0l.
![]() |
Gambar Hiasan |
Lampung (Indonesia): Satu pasangan pengantin baru ditahan polis kerana dipercayai membunuh dan memakan kemaluan seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berkenaan, kata polis semalam.
Related
Kerana berang, Rudi mengarahkan isterinya menghubungi lelaki itu dan berpura-pura mahu bertemu pada awal Oktober lalu.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Rudi menikam lelaki berkenaan hingga mati sebelum memotong kemaluannya.
![]() |
RUDI (dua dari kanan) bersama isterinya ketika ditahan di sebuah balai polis di Lampung. |
Rudi kemudian membawa kemaluan mangsa pulang ke rumah dan meminta isterinya menggoreng alat sulit mangsa itu sebelum makan bersama-sama.
�Saya sangat marah.
�Saya mengambil keputusan memakan alat sulit lelaki itu bagi mengubati hati saya yang sakit,� kata Rudi kepada wartawan.
Seorang jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan tetapi mengesyaki pembunuhan itu dirancang lebih awal.
�Kami percaya si suami yang melakukan pembunuhan manakala isterinya hanya bersubahat,� katanya. - hmetro.com.my
0 Response to "Ngeri,Pasangan Pengantin Makan Kemaluan Per0g0l."
Catat Ulasan