Video,Kegigihan Tukang Gunting Potong Rambut Kanak-kanak Autisme Jadi Viral.
Usaha seorang tukang gunting rambut yang cuba memotong rambut kanak-kanak autisme di sini menyentuh hati orang ramai di laman sosial baru-baru ini.
Menurut ibu Mason, Denine Davies, 34, anak lelakinya itu takut untuk datang ke salun rambut kerana mempunyai pengalaman pahit ketika berusia lapan bulan.

�Disebabkan peristiwa itu, rambut Mason terus panjang dan serabai sehingga saya diberitahu mengenai Williams yang mempunyai hubungan mesra dengan kanak-kanak,� ujar Davies.
Dia mula membawa Mason beberapa kali ke salun rambut Williams sehingga kedua-dua mereka menjalin hubungan yang baik.
�Selepas beberapa hari, Williams akhirnya berjaya menggunting rambut Mason tetapi dengan cara yang amat berbeza dan menyentuh hati,� kata Davies.
Davies terkejut kerana William sanggup meniarap ketika proses menggunting tersebut dan berusaha melayan anaknya itu dengan baik.� Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
0 Response to "Video,Kegigihan Tukang Gunting Potong Rambut Kanak-kanak Autisme Jadi Viral."
Catat Ulasan