Kembar Siam Dua Kepala Satu Jantung.
MUMBAI, India � Kembar siam yang dilahirkan di sini minggu lalu mempunyai dua kepala tetapi berkongsi organ dalaman lain termasuk jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Ketika dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di sini, salah satu kembar ter�sebut seperti mencium seorang kembarnya di pipi.
Sekumpulan pakar meramalkan kembar siam tersebut tidak akan dapat hidup lama kerana mereka berkongsi organ-organ penting.
Dekan Hospital Sion, Dr. Suleiman Merchant menyifatkan kembar siam itu merupakan kembar luar biasa dan jarang berlaku.
�Walaupun mereka mempunyai dua kepala dan leher berasingan, namun mereka berkongsi hampir semua organ penting menyebabkan hampir mustahil untuk memisahkan mereka,� katanya.
Ibu mereka, Shahin Khan melahirkan kembar siam seberat 4.4 kilogram itu yang mempunyai dua kaki tetapi tiga tangan ketika kan�dungannya berusia tujuh bulan. � Agensi
0 Response to "Kembar Siam Dua Kepala Satu Jantung."
Catat Ulasan