Banggunan Ini Dihiasi Dari Benda Berlendir Iaitu Gula-gula Getah
Apa reaksi anda jika tidak sengaja menyentuh gumpalan bekas kunyahan gula-gula getah? Eeee! Rasanya menjijikkan ya kerana kita menyentuh bekas dari mulut orang lain, yang biasanya tidak kita kenal pula. Biasanya gumpalan gula-gula getah kita temui di bawah meja atau kerusi di tempat-tempat umum. Tetapi di tempat ini, tompok bekas kunyahan gula-gula getah menjadi sebuah daya tarik pelancong.
Tembok batu bata ini awalnya digunakan oleh orang-orang yang menunggu dalam menonton filem untuk membuang bekas gula-gula getah yang mereka makan. Lambat laun, timbunan gula-gula getah di tembok ini semakin berkembang hingga 15 meter dengan ketebalan 5 inci. Walaupun pihak banggunan telah berusaha membersihkannya, tetapi gumpalan gula-gula getah bukannya semakin bersih malah semakin bertambah banyak. Akhirnya tahun 1998, tembok ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daya tarikan pelancongan khas Seattle.
Ingin tahu bagaimana wujud tembok gula-gula getah yang mungkin kelihatan menjijikkan tapi menjadi karya seni yang mengagumkan ini? Jom lihat galeri foto berikut ini.
0 Response to "Banggunan Ini Dihiasi Dari Benda Berlendir Iaitu Gula-gula Getah"
Catat Ulasan