Remaja Ini Punyai Gigi Luar Biasa.
Selama 18 bulan menanggung kesakitan, seorang remaja tidak menyangka penderitaan itu membawa kepada penemuan lain yang lebih mengejutkan.
Related
Akhirnya kes Gavai dirujuk ke Hospital J J di Mumbai dan seorang pakar pembedahan mulut, Sunanda Dhiware memeriksanya dengan teliti.
Ujian lazim dijalankan dan punca kesakitan Gavai masih belum ditemui.
�Kes begini sangat jarang berlaku,� katanya. Bersama seorang lagi pakar pembedahan dan dua pembantu lain Sunanda menjalankan pembedahan selama tujuh jam bagi membuang semua gigi lebihan Gavai.
Kata Sunanda proses membuang gigi itu tidak boleh menggunakan kaedah biasa.
�Kami menggunakan penukul dan pahat untuk memecahkan gigi berkenaan sebelum ia dikeluarkan.
�Kaedah ini jarang digunakan ketika ini,� katanya. Sunanda berkata setakat apa yang diketahuinya jumlah gigi terbanyak pernah dibuang daripada seseorang ialah 37, namun dia perlukan kajian lebih lanjut sebelum memberi komen sama ada Gavai wajar dianggap mencatat rekod dunia. Selepas pembedahan berlangsung Gavai kini memiliki 28 gigi, jumlah yang normal untuk seorang dewasa. - Agensi
0 Response to "Remaja Ini Punyai Gigi Luar Biasa."
Catat Ulasan