Wanita Ini Terkejut PayudaranyaBerpindah Ke Perut.
Perempuan China ini terkejut bukan kepalang apabila menyedari, dua ketulan kembar yang tumbuh di perutnya ternyata adalah bahagian payudaranya
Perempuan tersebut pun langsung dilarikan ke hospital. Para doktor yang memeriksanya mendapati bahawa hidrogel beracun yang sebelumnya disuntik di payudara pesakit, perlahan hancur dan mengalir ke perutnya.
Perempuan yang tak disebut namanya itu mengaku bahawa bahan yang dipanggil 'Amazing Gel' disuntik ke dadanya beberapa tahun dahulu, sebagai sebahagian daripada pembedahan pembesaran payudara.
Amazing Gel adalah filler kosmetik - atau bahan-bahan yang disuntik ke dalam lapisan kulit - semi permanen yang pernah popular di China.
Namun, zat itu terbukti berbahaya setelah terbukti berkaitan dengah komplikasi kesihatan yang teruk dan berpanjangan selama satu dekad terakhir.
Sejumlah kajian dokumentasi, pada sejumlah pesakit, gel yang disuntik di payudara berpindah ke perut, ketiak, bahkan punggung.
Untuk mengatasinya, para doktor pun membuat insisi di bahagian perut, untuk menghilangankan benjolan. Gel berwarna kuning kemudian keluar dari sana. Pesakit kini dikatakan dalam keadaan baik dan sembuh.
Pada 2005, kepada South China Morning Post, para doktor mengatakan bahawa Amazing Gel boleh membuat seorang perempuan kehilangan buah dada, bahkan boleh mencetuskan kanser.
"Kami berpendapat, penting ertinya untuk memberikan amaran kesihatan bagi sesiapa yang ingin menyuntik gel tersebut," kata Dr Ho Chiu-ming, seperti dikutip dari Daily Mail, Selasa (29/11/2016). "Jika tidak, akan lebih banyak pesakit datang ke hospital akibat kesan sampingnya."
0 Response to "Wanita Ini Terkejut PayudaranyaBerpindah Ke Perut."
Catat Ulasan