Lelaki Ini dah 2 Kali Kahwin Dengan Pokok.
Seorang pelakon dan aktivis alam sekitar berasal dari Peru, Richard Torres, dilaporkan telah berkahwin dengan pokok untuk kedua kalinya dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah alam sekitar kepada manusia di seluruh dunia.
Related
Pelakon terkenal Amerika Latin yang saat ini tengah melakukan misinya di negara Colombia ini, juga menyeru kepada orang orang Colombia untuk lebih peduli terhadap persekitaran hijau di tempatnya. Selain itu, dia juga meminta kepada kerajaan Colombia agar berjanji untuk terus menyebarkan mesej ini kepada negara-negara Amerika Latin yang lain.
Di akhir acara, Torres juga memberikan sebuah pesan khusus kepada para pemberontak dari Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia, agar beralih kepada menanam pokok daripada melakukan keganasan dan perang yang akan membawa kesan negatif bagi lingkungan serta masa depan umat manusia.
Ini adalah upacara perkahwinan pelik kedua bagi Torres, selepas tahun lalu ketika dia berkahwin dengan pokok di Buenos Aires, Argentina.
0 Response to "Lelaki Ini dah 2 Kali Kahwin Dengan Pokok."
Catat Ulasan