Lelaki Ini Guna Kelopak Mata Untuk Menulis.
Selama ini kita pasti tahu bahawa semua orang menulis dengan menggunakan tangannya. Walaupun ada beberapa orang cacat yang menulis dengan kakinya, tetap saja itu boleh dilakukan dengan mudah. Tapi, bagaimana jika ada orang yang menulis buku dengan menggunakan kelopak matanya?
Jika kita membaca kisahnya yang ia tuliskan dalam sebuah buku, pastinya saat ini kita akan berfikir bahawa kesulitan yang kita hadapi tidak setanding dengan kesulitan yang dihadai oleh Jean.
Pada tahun 1995, Jean terkena stroke yang menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi lumpuh. Tidak ada satupun anggota tubuhnya yang boleh digerakkan kecuali kelopak matanya.
Kelebihan satu inilah yang ia manfaatkan untuk menulis sebuah buku tentang penderitaan yang ia hadapi. Di bantu oleh keluarga dan rakan-rakannya, Jean menuliskan buku menggunkan kelopak matanya. Caranya, keluarga atau rakan yang membantunya tersebut akan menyebutkan salah satu huruf, jika huruf itu yang Jean maksud, maka ia akan menggerakan kelopak matanya.
Jean meninggal pada saat 3 hari selepas bukunya di terbitkan. Hal ini sudah membuatnya sangat bangga kerana ia berjaya mewujudkan sebuah karya yang boleh menjadi inspirasi bagi banyak orang wang membacanya.
Jean ini menjadi contoh yang baik untuk orang-orang yang mempunyai badan yang sempurna tanpa ada cacat sedikit pun agar lebih bersyukur dengan apa yang diberikan.
Jean yang sangat pantang menyerah ini sangat sesuai untuk menjadi orang yang pantang menyerah, tidak mudah mengeluh dan juga selalu sabar.
0 Response to "Lelaki Ini Guna Kelopak Mata Untuk Menulis."
Catat Ulasan