Majlis Perkahwinan Paling Pelik.
Hector Irakliotis, 26 tahun, dan Tatyana Sandler, 25 tahun, menggelarkan majlis perkahwinan yang sangat pelik bagi pasangan-pasangan lain. Mereka mengucap janji pernikahan di dalam gerbak keretapi bawah tanah New York, disaksikan puluhan penumpang keretapi yang terpegun kerana terkejut dengan apa yang mereka lihat.
Related
Hector kemudian meminta dengan ramah sebahagian penumpang untuk pindah ke sisi belakang ketika sejumlah tetamu jemputan memenuhi ruang Subway untuk mengikuti majlis. 10 minit kemudian Tatyana dengan gaun putih yang indah berjalan meneroka lorong diiringi lagu John Mayer bertajuk City Love. Di bawah bimbingan seorang paderi, mereka berkahwin tepat saat Subway melintasi jambatan Manhattan.
Para tetamu dan penumpang Subway bersorak gembira apabila mereka dinyatakan rasmi sebagai suami isteri. Para penumpang menganggap perkahwinan itu lucu, unik tapi juga romantis.
"Kami sudah melalui banyak perkara bersama. Saat-saat baik dan saat-saat buruk berlaku di keretapi "kata Hector.

0 Response to "Majlis Perkahwinan Paling Pelik."
Catat Ulasan