Wanita Ini Kerap Terseliuh dan Patah.
Membuka pintu, memandu kereta, malah menguap dianggap kerja paling mudah dilakukan setiap hari tanpa sebarang masalah.
Jojo Meadows menghidap Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) - penyakit yang jarang ditemui - yang boleh menyebabkan dia terkehel sehingga 10 kali sehari.
�Yang paling teruk ialah bila tulang rahang saya terkehel ketika saya mengguap. Anak saya berusia empat tahun terpaksa menelefon 999, memberitahu mereka mulut saya terjatuh.
�Dalam kejadian lain, pergelangan tangan saya patah ketika melakukan senaman bersama-sama anak saya.
�Sudah perkara biasa saya akan terkehel kerana ia berlaku setiap hari. Tetapi ia amat menyakitkan.
�Boleh dikatakan ia memaksa saya memasuki hospital 100 kali setahun,� kata Jojo.
Ia penyakit genetik yang bermakna kolagen dalam tubuh Jojo terlalu lemah untuk mencantumkan tulangnya.
Kini, Jojo mengharungi kehidupan sehariannya dan menanti masa untuk terkehel.
�EDS menjejaskan kehidupan saya. Minggu lalu saya ke hospital tiga kali. Saya memerlukan bantuan setiap hari. Sudah ramai doktor saya kunjungi untuk mendapatkan rawatan,� katanya.
Tidak seperti zaman remajanya, Jojo kini tidak melompat kerana ia akan menyebabkan semua tulangnya �tercabut.�
Paling membimbangkan wanita itu ialah terhantuk kepalanya.
Dia kini cuba membantu menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan yang sebelum ini begitu sukar untuk didiagnos.
Bersama-sama dengan pakar tulang Dr Ayman Askari, mereka melawat hospital di sekitar Britain untuk mengajar doktor mengesan tanda awal EDS.
�Ia penyakit yang jarang berlaku. Secara keseluruhan, doktor jarang mengambil tahu mengenainya dan ia tidak boleh diubati atau ada ubat untuk merawatnya,� kata Ayman.
Jojo juga giat berkempen untuk menyokong mereka yang menghidap EDS, khususnya ketika mengandung.
�Ketika mengandung, saya langsung tidak boleh berjalan. Untuk makan pun terpaksa disuap.
�Kini saya mahu membantu penghidap EDS seberapa boleh,� katanya.hmetro.
0 Response to "Wanita Ini Kerap Terseliuh dan Patah."
Catat Ulasan