Perayaan Merayakan Senjata Orang Lelaki.



Jepun sebuah negara yang unik . Kali ini, negara yang terkenal dengan kemajuan teknologinya itu  mempunyai tradisi yang unik dan aneh. Tidak hanya Korea yang punya taman dengan tema seksual, Jepun mempunyai sebuah perayaan unik yang dinamakan Kanamara Matsuri.


Mengapa dikatakan unik dan aneh? Sebagai salah satu negara dengan kadar kelahiran paling rendah di dunia, Jepun mempunyai sebuah perayaan yang mendoakan zakar dan faraj. Perayaan ini dilakukan di setiap minggu pertama di bulan April. Biasanya terletak di Kawasaki, Jepun. Festival ini sudah wujud sejak tahun 1600. Tujuan perayaan ini sesungguhnya adalah untuk mendoakan kesuburan dan kesejahteraan sebagaimana kebanyakan perayaan di sana.


Sebagaimana namanya, tentu saja anda akan mendapati banyak bentuk zakar dalam berbagai wujud di perayaan ini. Yang paling menonjol adalah sebuah patung zakar berwarna pink yang diarak oleh banyak orang. Selain itu, anda juga boleh mencari pelbagai buah tangan bentuk zakar. Seperti lilin, gula-gula bentuk zakar, jajan bentuk zakar dan sebagainya.
 Festival ini merupakan salah satu festival unik yang mengundang perhatian banyak pelancong. Biasanya jarang-jarang perayaan di Jepun membenarkan pelancong mengikuti perayaan suci di sana. Namun lain halnya dengan Kanamara Matsuri ini. Banyak pengunjung luar negeri yang merasa tertarik kerana di Barat sekalipun, kita tidak akan mendapati perayaan seunik ini.

Jepun memang tidak ada habisnya untuk masalah keunikan dan keanehan. . Namun setiap negara memang mempunyai tradisinya masing-masing. Sebagaimana halnya Jepun, yang patut kita contoh adalah spiritnya untuk menjaga budaya tradisional yang diwariskan nenek moyang.



0 Response to "Perayaan Merayakan Senjata Orang Lelaki."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel