Inilah Rahsia Kenapa Wanita Ini Umurnya Panjang.
Banyak orang yang menginginkan hidupnya lebih lama, dengan pelbagai alasan. Tetapi saat ini umur manusia rata-rata antara 60-70 tahun. Dan sangat sedikit mereka yang mempunyai umur di atas 100 tahun, apalagi jika tubuhnya tetap sihat.
Tetapi bagi beberapa manusia yang mempunyai umur panjang, tidak sedikit kisah dan pengalaman yang telah dialaminya. Seperti peperangan, pergantian kerajaan, hingga berubahnya bentuk sebuah negara.
Seperti wanita tertua di Eropah yang bernama Emma Morano, yang berasal dari Verbania, Itali. Ia kini sudah berumur 115 tahun, dan menjadi manusia tertua di Eropah, sekaligus kelima di seluruh dunia. Ia menceritakan, bagaimana dirinya boleh mempunyai umur panjang.
Selama hidupnya, Morano pernah mengalami pahitnya dua peperangan, dan 70 kerajaan, serta pergantian Itali dari Monarki ke Republik.
Lalu apa rahsianya? Ternyata, Morano sangat menyukai telur mentah, dan ia telah mengambilnya sejak remaja, yang saat itu ia gunakan untuk melawan anemia.
Dan kini, setiap pagi ia tidak pernah ketinggalan untuk memulakan harinya dengan telur mentah. Ia juga pernah berkahwin, namun perkahwinannya kandas di tahun 1938, dan sejak saat itu, ia enggan untuk berkahwin lagi, apalagi saat dilegalkannya perceraian.
"Aku tidak ingin didominasi oleh sesiapa," kata Morano .
Morano dilahirkan pada tarikh 29 November 1899, di Civiasco, sebuah bandar di Piedmont, laut Itali dan bersempadan dengan Switzerland dan Perancis.
Dia pindah ke Verbenia, sebuah bandar di tepi Tasik Maggiore, saat beranjak dewasa, di mana ia mendapat pekerjaan di sebuah kilang pembuatan karung guni, yang biasanya digunakan untuk menyimpan kentang.
Dia adalah salah satu daripada lapan anak, dan hidup sihat hingga usia tua dalam keluarga; salah satu saudara perempuannya meninggal cukup singkat iaitu semasa berumur 100 tahun, sementara yang lain hidup hingga 102.
Dia menjadi terkenal ketika ia berumur 110 tahun, bergabung dengan jajaran 75 orang yang hidup lebih dari satu abad - yang hampir semua wanita.
0 Response to "Inilah Rahsia Kenapa Wanita Ini Umurnya Panjang."
Catat Ulasan