Jambatan Gantung Paling Panjang di Dunia.
Mungkin anda perlu tali keselamatan jika berjalan di jambatan gantung di Taman Nasional Sochi, Russia. Sebabnya, jambatan tersebut memegang gelaran sebagai yang terpanjang sedunia. Boleh dibayangkan rasanya jalan begitu jauh dengan jurang yang dalam di bawah.
Dinamakan Skypark Skybridge, jambatan itu mempunyai panjang 548.6 m lebih dari setengah kilometer. Projek ini bekerjasama dengan New Zealand selama 2 tahun. Diperlukan material 740 besi dan 2 ribu meter padu simen untuk membinanya.
Jambatan itu tergantung di atas ketinggian 198 m dari dasar jurang. Sesuai dengan lokasi yang mencabar, dengan melewati jambatan tersebut akan terbayar dengan pemandangan indah sungai, Laut Hitam, pergunungan dan Olympic Park dari atas sana. Selain itu masih ada tarikan menarik untuk pelancong seperti bungee jumping dari pelbagai titik lokasi berbeza.
Skypark Skybridge merupakan sebahagian dari AJ Hackett Sochi Skypark yang dibuka 1 Julai 2014 Selain jambatan masih ada aktiviti mencabar seperti Giant Swing dan Mega Troll. Pilihan kedua itu adalah Flying Fox dengan laluan terpanjang mencapai 550 meter melalui lembah.
0 Response to "Jambatan Gantung Paling Panjang di Dunia."
Catat Ulasan