Jom Saksikan Pertemuan Dua Lelaki Pelik Ini.
Sultan ksen (31) dan Chandra Dangi (75) yang merupakan lelaki tertinggi dan terpendek di dunia akhirnya bertemu untuk pertama kalinya dalam acara Guinnes World Records Day dan perayaan 60 tahun Guinnes World Records Book pada hari Khamis di St Thomas 'hospital, London.
Related
Sultan juga mendedahkan bahawa ia merasa dirinya dan Chandra mempunyai persamaan. Walaupun ia pendek dan saya tinggi, kami mempunyai perjuangan yang sama di sepanjang hidup kami dan saat saya melihat mata Chandra, saya dapat melihat bahawa ia adalah orang yang baik, kata Sultan.
Chandra sendiri merasa terhormat boleh dijemput oleh Guinness World Records ke London dan bertemu dengan Sultan. Saya merasa terhormat berada di London, saya selalu ingin melawat London dan kenyataan bahawa saya boleh bertemu Sultan adalah perkara yang istimewa, kata Chandra.
Sementara itu, Craig Glenday selaku pimpinan redaksi Guinness World Records menyatakan bahawa Guiness World Records Day menyatukan orang-orang yang sepaham, baik penguin, penangkap panah, pemain bola keranjang, tinggi atau pendek, kami meraikan keunikan para individu di seluruh duni dan menjemput sesiapa untuk mengambil bahagian dalam hari antarabangsa pemecahan rekod.
Tidak hairan, kira-kira 600 ribu orang dari pelbagai penjuru dunia hadir dalam Guinness World Records 2014.
0 Response to "Jom Saksikan Pertemuan Dua Lelaki Pelik Ini."
Catat Ulasan