Memang Pelik Teko Diperbuat Dari Coklat.
Sebuah teko teh diperbuat keseluruhnya daripada coklat. Namun yang kali ini benar-benar boleh digunakan semestinya, bahkan boleh digunakan untuk masak air. Ya, teko coklat tersebut tidak meleleh jika terkena panas.
Itulah ciptaan terhebat dari perkerja Nestle, John Costello, bersama pasukannya ketika mengambil bahagian dalam program TV BBC "The One Show". Mereka dicabar membuktikan bahawa "teko dari coklat itu tidak berguna" dan berjaya menunjukkan itu salah. Mereka pun memerlukan 6 minggu perancangan yang disertai percubaan dengan pelbagai coklat hingga menghasilkan paduan sempurna.
John membuat teko tersebut dengan bahan coklat gelap mengandungi 65 peratus koko. Kerana kandungannya yang rendah lemak membuat teko lebih panas nantinya. Saat dicuba, teh yang dihasilkan teko ini mempunyai sedikit aroma coklat.
"Kami cuba dari segi ketebalan coklat yang akan bertahan dari air panas," terang John. "Jika ketebalannya tepat maka ketika suhu air menurun sedikit maka akan menahan panas di dalam agar tidak keluar sehingga tak meleleh."
Mereka cuba bereksperimen dengan menggunakan belon yang dicelup coklat lalu ditunggu mengering. Lalu cabaran seterusnya adalah menentukan besarnya lubang tutup teko. Pasalnya, lubang kecil akan menghasilkan banyak wap air sehingga pasukan John membuatnya lebih besar dibanding teko biasa.
Selanjutnya mereka membuat cetakan bentuk teko sebenar dari silikon dan mengisinya dengan coklat cair. Mereka mengulang terus pelapisannya hingga mendapatkan ketebalan yang sesuai kemudian terakhir cetakannya dilepas. John berkata memerlukan 2.5 jam untuk membuat teko coklat dari mula hingga selesai.
0 Response to "Memang Pelik Teko Diperbuat Dari Coklat."
Catat Ulasan