Dapat Tangan Dari Pelakon Iron Man
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang kudung sebelah tangan bukan sahaja dapat bertemu dengan watak adi wira Iron Man, malah menerima tangan bionik yang sama seperti watak dalam filem Avengers itu.
Related
�Saya diberi penghormatan penuh untuk menyampaikan tangan bionik Iron Man hasil cetakan tiga dimensi kepada kanak-kanak paling kacak yang pernah saya temui,� tulis pelakon itu dalam akaun Facebook miliknya.
Tangan bionik itu dihasilkan kumpulan Limbitless Solutions yang mahu menghasilkan anggota badan daripada cetakan tiga dimensi pada kos yang mampu milik. Tangan baharu Pring cuma memerlukan kos AS$350 (RM1,300) untuk dicetak berbanding AS$40,000 (RM148,000) bagi anggota tiruan biasa.
Projek oleh penyelidik, Alberto Manero itu dijangka dapat menyediakan anggota badan bionik mampu milik ke seluruh dunia kelak. � kosmo.com
Jom saksikan video berikut ini:
0 Response to "Dapat Tangan Dari Pelakon Iron Man"
Catat Ulasan