Dapat Anak Kembar Walau Usia Sudah Tua
Seorang lelaki berusia 85 tahun di Turki terkejut apabila dia menjadi bapa semula selepas isterinya melahirkan anak kembar lelaki.
Sebelum ini, warga emas berkenaan mempunyai 10 orang anak namun isteri pertamanya meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu.
Abdullah kemudian berkahwin dengan isteri keduanya, Hanifa pada 2006 dan dikurniakan tiga anak.
"Saya memang sudah berusia tetapi masih sihat. Namun, saya agak malu tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini adalah rezeki," katanya.
Menurutnya, dia tidak mahukan anak lagi pada masa hadapan memandangkan bilangan 15 anak sudah mencukupi. �kosmo.com
0 Response to "Dapat Anak Kembar Walau Usia Sudah Tua"
Catat Ulasan