Kawasan Pergunungan Paling Pelik Didunia
Rainbow Mountain atau gunung pelangi ini seakan-akan kek pelangi raksasa yang lazat dan menakjubkan. Namun jangan salah, jajaran gunung berwarna-warni ini adalah batuan yang keras dan pastinya tidak boleh dimakan.
Pelancong boleh menikmati pemandangan gunung berwarna-warni itu hingga berjam-jam tanpa takut warnanya luntur atau hilang, bahkan bila tiba hujan turun.
Rainbow Mountain mula terbentuk kira-kira 24 juta tahun lalu. Asal dari aneka warna yang terdapat di permukaan batuannya merupakan jenis mineral yang tersusun di dalam batuan tersebut. Jenis batuannya sendiri adalah batuan gunung berapi.
Mula terbentuk menjadi pergunungan disebutkan kerana adanya gempa tektonik yang membuat lapisan batuan tersebut patah dan membentuk bukit.
0 Response to "Kawasan Pergunungan Paling Pelik Didunia"
Catat Ulasan