Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran. Cukup Luar Biasa & Ketahui Tipnya!
Bukan calang-calang wanita, Puan Wirianingsih ini berjaya menjadikan 10 orang anaknya iaitu Afzalurahman Assalam, Faris Jihady Hanifa, Maryam Qonitat, Scientia Afifah Taibah, Ahmad Rasikh �Ilmi, Ismail Ghulam Halim, Yusuf Zaim Hakim, Muhammad Syaihul Basyir, Hadi Sabila Rosyad dan Himmaty Muyassarah sebagai hafiz dan hafizah.
Related
- Benarkah Anak Istimewa Itu Satu Anugerah Dan Tidak Semua Orang Terpilih Untuk Diduga Sebegitu? Atau Sekadar Untuk Memujuk Hati Yang Lara?
- Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
- Manfaat Luar Biasa dari Kebiasaan Mendoakan Orang Lain
1. Sejak kecil lagi sentiasa memperdengarkan bacaan al Quran pada anak-anak supaya mereka dibiasakan dan dekat dengan kitab suci ini.
2. Menetapkan rutin khusus dalam keluarga. Selepas solat Subuh dan Maghrib masing-masing diwajibkan membaca al-Quran setiap hari. Tiada agenda lain boleh dilakukan oleh anggota keluarga di dalam rumah. Semua wajib membaca al-Quran kecuali jika berlaku urusan yang tidak dapat dihindarkan.
3. Rela tidak mempunyai televisyen di rumah agar tiada pengaruh tidak elok pada anak-anak.
4. Jelaskan hasrat ibu bapa yang ingin memiliki anak yang hafaz al-Quran kepada anak-anak sejak kecil lagi. Walau pun pada awalnya anak-anak berasa seperti terpaksa namun apabila dewasa mereka memahami kepentingan malah keperluan untuk menghafaz al-Quran. Dalam hal ini katanya komunikasi baik dengan anak adalah cukup penting.
5. Berikan hadiah sebagai ganjaran tiap kali anak berjaya menghafal beberapa juzuk al-Quran.
6. Ibu bapa perlu utamakan kaedah mengajar, membuat pengulangan dan memilih sekolah yang menekankan program menghafal al-Quran.
Sumber : ragamanak.com
0 Response to "Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran. Cukup Luar Biasa & Ketahui Tipnya!"
Catat Ulasan