Kemurkaan Allah Terhadap Kaum 'Aad
Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Quran sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi. Allah s.w.t. mengutus kepada kaum �Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum �Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s. Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Quran.
Related
- Benarkah Anak Istimewa Itu Satu Anugerah Dan Tidak Semua Orang Terpilih Untuk Diduga Sebegitu? Atau Sekadar Untuk Memujuk Hati Yang Lara?
- Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
- Manfaat Luar Biasa dari Kebiasaan Mendoakan Orang Lain
Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut, sesungguhnya Hud a.s. menetap di Hadramaut selepas kaum �Aad dibinasakan sehinggalah baginda wafat dan dikebumikandi timur Hadramaut iaitu 2 marhalah daripada bandar Turim berhampiran lembah (Barhut). Allah s.w.t. juga menyebutkan kehebatan kaum �Aad dalam firman-Nya: �Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum �Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya).� (Surah al-Fajr: 6-7)
Seorang ahli arkeologi, Nicholas Clapp, percaya bahawa beliau telah menemui lokasi lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut dapat melihat kesan-kesan menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Quran yang begitu mengagumkan yang dibina oleh kaum di zaman itu. Catatan sejarah mengatakan kaum �Aad ialah kaum yang amat kaya. Mereka sangat maju dalam pertanian frankincence, salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Hasil daripada penggalian juga telah menemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan.
Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif
Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu No.2
0 Response to "Kemurkaan Allah Terhadap Kaum 'Aad"
Catat Ulasan