Nabi Musa A.S. Tampar Malaikat Maut
SEBUAH kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa terus menamparnya (hingga terkeluar matanya).
Related
Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu: �Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah.� (Lihat Sahih Muslim, No: 2372, Kitab Fadail, Bab Keutamaan Musa a.s.) Dalam kisah ini timbul dua persoalan. Pertama, adakah malaikat mempunyai wajah yang sama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji mata? Kedua, perihal Nabi Musa yang dilihat semacam menafikan ajalnya, tidak mahu mati.
Mengikut pengajian ilmu Tauhid malaikat ialah makhluk yang tidak berjisim. Tidak sama seperti manusia. Namun, malaikat boleh menjelma menjadi manusia. Ini disebut oleh Allah dalam al Quran, surah Maryam, ayat 1619 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam rupa bentuk manusia.
Ustaz Adlan Abdul Aziz
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu Perdana
0 Response to "Nabi Musa A.S. Tampar Malaikat Maut"
Catat Ulasan