Hati-hati Untuk Yang Ada Kekasih. Inilah Tanda-tanda Kekasih Curang (Lelaki Dan Perempuan). Sila Periksa Jika Pasangan Anda Ada Tanda-tanda Ini.
Bagaimana mengenal tanda-tanda kekasih curang dengan anda (tak kisah lelaki atau perempuan)? Pernah kita dengar ada yang mengatakan bahawa dunia ini adalah pentas lakonan yang sebenar malah jauh lebih hebat dari lakonan-lakonan di filem atau drama-drama hits yang ramai peminat.
Dia sudah jarang tanya atau ingin tahu aktiviti anda. Kalau dulu, dia selalu tanya apa yang anda buat hari ini, tapi kemudian sudah tak tanya lagi tentang aktiviti anda. Maksudnya, dia macam sudah tak kisah apa anda hendak buat. Walaubagaimanapun, mungkin juga selama ini anda memang jarang mahu berbual tentang aktiviti anda so dia pun malas nak tanya.
Apabila bercakap, dia macam tidak berapa berminat untuk bertentang mata dengan anda dan selalu mengerutkan dahi atau tengok ke tempat lain. Anda akan tahu perbezaannya jika dulu dia suka pandang wajah kita semasa berbual, tetapi kini macam nak tak nak saja tengok wajah kita. Tapi, kalau kekasih anda seorang pemalu dari dulu, mungkin dia nampak takut-takut untuk pandang wajah anda.
Satu lagi tanda-tanda kekasih curang ialah selalu cepat marah dan kurang sabar dengan anda walaupun cuma kesalahan kecil. Selain itu, dia juga selalu mengungkit-ungkit jika anda mengingatkan dia juga pernah buat kesalahan yang sama contohnya tidak menepati masa apabila hendak bertemu.
Kenali Tanda-tanda Kekasih Curang (Lelaki & Perempuan)
Apabila kita mengetahui kekasih kita curang, cuba cari dulu sebab kenapa kekasih kita curang. Kita mungkin tidak tahu bahawa kita mungkin penyebab dia curang dan mungkin masih belum terlambat untuk memperbaiki hubungan kita. Walaubagaimanapun, jika hati dia memang sudah tiada lagi untuk kita, maka mungkin sudah tiba masanya untuk kita move on. Ketahui juga sama si dia serius dalam perhubungan atau tidak.
0 Response to "Hati-hati Untuk Yang Ada Kekasih. Inilah Tanda-tanda Kekasih Curang (Lelaki Dan Perempuan). Sila Periksa Jika Pasangan Anda Ada Tanda-tanda Ini."
Catat Ulasan