KETAHUI INILAH TANDA-TANDA JELAS SESEORANG YANG SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATI.


Tiada manusia yang boleh meramalkan kematian. Namun ada gejala-gejala yang boleh dikenalpasti. Doktor atau orang yang biasa hampir dengan orang mati biasanya lebih berpengalaman dan tahu apakah tanda-tanda seseorang yang hampir kepada kematian.

Jadi sebelum kami teruskan tentang topik ini, kami ingin bertanya pernahkah anda membaca artikel tentang tanda-tanda 100 hari sebelum kematian menurut Islam?

Ramai yang mempercayainya kerana meyakini ia datang dari Nas (al-Quran atau Hadis), tapi sebenarnya, tanda-tanda tersebut bukanlah dari Nas, jadi kita tidak perlu mempercayainya walaupun ia tidak mustahil boleh berlaku jika diizinkan Allah.

Kematian memang ada dan tanda-tanda boleh jadi berbeza untuk setiap individu, namun secara umumnya, ada beberapa tanda-tanda orang yang hendak mati berdasarkan perkongsian orang-orang yang berpengalaman yang berada hampir dengan si mati.

1. Berselera Makan Ketika Sakit

Biasanya orang sakit Allah akan tarik nikmat selera makannya. Mesti anda pernah sakit, paling tidak pun sakit demam, kan? Adakah pada ketika itu anda lalu untuk makan seperti biasa? Semestinya tidak, begitulah juga sakit lain terutamanya sakit yang berat-berat. Katakan, seseorang pesakit yang tidak ada selera makan, namun tiba-tiba suatu hari pesakit itu tiba-tiba ada selera makan, kemungkinan ajal orang itu sudah dekat.

2. Kelakuan Aneh

Syarat untuk mati bukanlah sakit atau tua, melainkan hidup. Selagi anda hidup, mati tidak boleh dijangka. Kalau anda pernah baca berita, atau berdasarkan pengalaman orang yang meninggal dunia di sekitar anda, sebelum mati mesti orang itu akan menunjukkan tanda-tanda dari segi kelainan tingkah laku perangai walaupun dia tidak ada apa-apa sakit.

3. Tua

Sebagai manusia, apabila sudah tua maka rambut hitam akan digantikan dengan uban. Uban bukanlah tanda pasti petanda ajal semakin dekat, namun lebih kepada petanda manusia sudah tua. Dan tua pula dikaitkan dengan semakin hampir dengan kematian. Jadi, uban adalah petanda manusia itu telah berada di penghujung usia, petanda terakhir yang boleh dilihat oleh semua orang bahawa seseorang itu semakin dekat dengan kematian, paling kurang dari segi adat.

Tapi adakah setiap orang mengalami tanda-tanda kematian seperti yang disebutkan di atas? Tidak juga, namun apa yang penting keadaan si mati yang meninggal dunia secara husnul khatimah atau tidak. Perbezaan tersebutlah yang akan menentukan kelak di mana manusia akan berada di akhirat. Berikut kami kongsikan petanda mati seseorang dalam husnul khatimah seperti dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah �sallallahu �alaihi wasallam-;

???? ???? ????? ??????? ?? ????? ?????? ??????? ?????? ?????????
�Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga�. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu�az bin Jabar �radhiyallahu �anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah �sallallahu �alaihi wasallam-;

???????????? ???????? ???????? ???????????
�Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya�. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah �radhiyallahu �anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi �sallallahu �alaihi wasallam- bersabda;

?????????? ??????????? ??? ?????? ?????? ????? ??????? ?????? ??????????? ???????? ??????? ???????? ?????????? ???????? ???? ???????? ????? ???????? ?????? ???????????
�Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai�. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas�ud �radhiyallahu �anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa�id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah �sallallahu �alaihi wasallam-;

???? ????? ??? ?????? ?????? ????? ???????????? ?????? ????? ?????? ???? ????? ?????? ?????????? ?????? ????? ??????? ???????????? ?????? ????? ?????? ???? ????? ?????? ?????????? ?????? ????????? ?????????? ???????????? ?????? ????? ?????? ???? ????? ?????? ??????????

�Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga�. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah �radhiyallahu �anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma� az-Zawaid; �Para perawi hadis ini adalah tsiqah�. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

Walaupun kita tidak tahu secara jelas bila kita akan mati, namun kita sebagai hamba Allah yang lemah hanya mampu bersedia dengan sebanyak mungkin amal soleh, mudah-mudahan mendapat ehsan dari Allah di akhirat kelak.

0 Response to "KETAHUI INILAH TANDA-TANDA JELAS SESEORANG YANG SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATI. "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel