Menara Merpati Yang Belum Pernah Anda Lihat
Banggunanini salah satu tarikan unik di Iran yang tidak akan membuat anda menyesal bila mengunjunginya. Nampak sebuah bangunan menara berbentuk silinder dengan seni bina menggagumkan. Dinding bahagian dalamnya dihiasi ribuan lubang kecil berbentuk kotak-kotak seolah tidak berkesudahan. Tentu membuat orang tertanya, bangunan apakah itu?
Bentuknya seperti menara kerana banyak haiwan yang memakan merpati. Menara dibina sebagai benteng yang boleh melindungi merpati dari pemangsa. Saiz lubang pintu kemasukan cukup kecil yang hanya boleh dimasuki oleh merpati. Burung besar seperti helang, burung hantu, atau gagak tidak boleh masuk ke dalam.
Dahulu kala selama abad ke-16 dan ke-17 terutama pada era pemerintahan Safavid, orang-orang Iran mempunyai tradisi membina menara silinder besar yang berfungsi untuk memancing datangnya burung merpati dan menjadikannya sebagai sarangnya. Ribuan merpati itu bukan untuk diambil dagingnya, melainkan najisnya.
Mereka memanfaatkan najis merpati itu untuk dijadikan baja. Sehingga dapat membantu menyuburkan tanaman di ladang pertanian mereka, seperti tembikai, timun, dan sebagainya.Najis yang dikutip setiap tahun sekali itu dianggap sebagai baja terbaik untuk tanaman pertanian tersebut.
0 Response to "Menara Merpati Yang Belum Pernah Anda Lihat"
Catat Ulasan