Ayat Pelaris PERNIAGAAN Mengikut Islam. Amalkan Ayat Ini Setiap Kali Selepas Solat 5 Waktu Dan Lihat Kesannya!
Berniaga merupakan jenis usaha yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih profesional sebagai peniaga. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat Muslim untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100 % atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.
Gambar sekadar hiasanMemang kita sebagai seorang muslim dibebaskan untuk mencari rezeki di bidang apapun asalkan ianya Halal dan berkah maka itu tidak berdosa, untuk itu perlu di ingatkan kepada anda bahawa kita harus selalu bersikap jujur dan dapat dipercaya sehingga kita akan mendapatkan keberkatan dari segala bidang usaha kita kerana hasil dari usaha kita tersebut akan digunakan untuk menafkahi diri sendiri, keluarga dan anak kita sehingga perlu di perhatikan kehalalannya.
Sedangkan untuk ayat pelaris perniagaan ini hanya untuk rujukan atau usaha anda kerana rezeki Allah SWT yang mengaturnya jadi kita memohon kepada Allah SWT supaya perniagaan laris dengan cara berdoa agar perniagaan kita tidak mengalami kerugian. Tetapi perlu anda ingat bahawa anda juga harus berusaha dg keras, tekun dan ikhlas kerana jika anda mengandaikan doa saja tanpa usaha maka seperti sayuran tanpa garam.
Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau masa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar untuk mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.
SURAH AL- ANFAL
�Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan di hormati oleh sekalian manusia.�
Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis �power� maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu.
Ada sesetengah orang yang menggunakan susuk supaya orang lain suka dan hormati padanya. Bila dipandang nampak cantik dan manis. Tapi pantang larangnya banyak pula seperti tidak boleh lalu bawah ampaian baju. Tidak boleh makan pisang emas. Makan sate pun kena ambil daging baru disuap ke dalam mulut. Tak boleh makan sate cara biasa. Jika tidak, tertanggal susuk itu dari tubuh si pemakainya. Nak pasang susuk emas pada seseorang itu terutama sekali untuk kelihatan cantik bagi wanita. Terpaksalah bertelanjang bulat dihadapan bomoh susuk itu. Nauzubillah minzalik! tak sangguplah macam tu! Silap-silap takut kena cabul pula jika bomoh itu naik �stim� kat tubuh yang tanpa seurat benang.
Dengan mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT tidak ada pantang larangnya. Tinggal yang dilarangNya dan lakukan yang diperintahNya. Solat dan wuduk itu boleh menyerikan wajah kita dan diperkuatkan lagi dengan surah-surah yang diamalkan. Hati ikhlas dalam ibadat nescaya Allah SWT rahmati hambaNya.
Banyak surah-surah dalam Al-Quran boleh kita amalkan. Kali ini mari kita amalkan pula Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 setiap kali selepas solat fardu. Bacalah berkali-kali supaya sebati dengan jiwa dan diri kita sebagaimana yang kita membaca Al-Fatihah selama ini.
Terjemahannya:
Ayat 62: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
Ayat 63 : Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wasallam.
0 Response to "Ayat Pelaris PERNIAGAAN Mengikut Islam. Amalkan Ayat Ini Setiap Kali Selepas Solat 5 Waktu Dan Lihat Kesannya!"
Catat Ulasan