Hati-Hati, Ucapanmu Diaminkan Malaikat!


Setiap dari kita sesungguhnya mempunyai malaikat penjaga. Ia akan mengikuti kemanapun kita pergi. Tak peduli ke tempat ramai ataupun sepi. Ia akan tetap mengikuti kita, walau kita tak menyadarinya.

Malaikat-malaikat tersebut mempunyai tugas khusus untuk mencatat segala apa yang kita lakukan selama di dunia ini. Bahkan setiap kata yang kita ucapkan. Malaikat tersebut mencatatnya.

�(Yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir,� (QS. Qaaf: 17-18).

Maka berhati-hatilah dengan ucapanmu! Karena ternyata, malaikat tak hanya mencatat apa yang Anda katakan. Tapi malaikat pun mengaminkan apa yang Anda katakan.

Rasulullah Shallallahu �alaihi wa Sallam bersabda, �Janganlah kalian mendoakan atas diri-diri kalian kecuali dengan kebaikan. Karena sesungguhnya para malaikat akan mengaminkan apa yang kalian ucapkan,� (HR. Muslim)

Wallahua'lam.

Hadis yang di Riwayat al-Bukhari dan muslim :-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; �Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata yang baik atau diam�.

Dalam mengulas hadis ini, imam al-Syafi�I berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika apa-apa yang akan kita disampaikan ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah baik kita diam sahaja.

Dalam kebiasaannya kita akan berkata-kata perkara yang baik-baik sahaja untuk mahu orang lain selesa dengan dengan diri kita. Kita akan cuba elak menggunakan kata-kata yang akan menyinggung perasaan sahabat-sahabat kita.

Berkata-katalah hanya yang perlu sahaja, tanpa meleret-leret dan panjang lebar. Rasulullah s.a.w sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak hal.

Seseorang pernah ditanya �mengapa engkau selalu diam?� dia menjawab, �Aku tidak akan menyesal kerana diam, tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap.� Tetapi kita kena ingat jugak, walau bagaimanapun, kita tidak boleh berdiam diri apabila melihat kemungkaran di depan mata, oleh itu kita kena bersuara untuk menegakkan keadilan.

Al imam al-Mawardi yang merupakan salah seorang ulama tafsi yang terbilang , telah menyenaraikan beberapa syarat ketika ingin melontar idea atau hendak bercakap ;-

1. Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan.
2. Ia disampaikan sesuai dengan tempat dan masanya.
3. Ia difokuskan pada perkara yang berkaitan dengan apa yang sedang dibicarakan.
4. Ia disampaikan sesuai dengan keperluan.
5. Memilih kata-kata yang tepat, ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

Marilah kita ambil pengajaran dari apa yang disampaikan, moga-moga kita diletakkan di kalangan orang yang beriman.

0 Response to "Hati-Hati, Ucapanmu Diaminkan Malaikat!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel