Punyai 80 Batang GigiWalaupun Masih Berumur 7 Tahun.


Biasanya gigi kanak-kanak mulai tumbuh gigi ketika berusia enam bulan, dengan gigi susu di depan mulutnya. Dan semakin bertambah usianya, gigi tersebut akan bertambah banyak seiring dengan pertumbuhan.

Gigi susu tersebut akan tercabut dengan sendirinya, dan berganti dengan gigi tetap, yang biasanya di awali pada usia anak menginjak lima tahun. Pada masa gigi mula tumbuh, kanak-kanak biasanya akan kesakitan.

Tetapi apa yang anda fikirkan, jika anak berusia 7 tahun mempunyai lapan puluh gigi yang tumbuh di rahangnya? Tentunya itu bukan perkara yang menggembirakan. Bahkan boleh menyebabkan kesakitan yang luar biasa apabila mengunyah makanan.

Inilah yang dialami oleh seorang kanak-kanak di Mumbai, India. Kanak-kanak bernama Maharaja Yashwantrao ini didiagnosis mengalami penyakit bernama odotama, iaitu berupa ketumbuhan di gusinya yang menyebabkan giginya tumbuh banyak dan tidak normal.



Kanak tersebut yang datang bersama ibubapanya memeranjatkan doktor gigi, yang merawatnya. Kerana kejadian ini sangat jarang sekali terjadi.

"Pesakit tersebut datang kira-kira lima hari yang lalu, dengan aduan sakit pada gusinya. Dan selepas mendiagnosis, ia mengalami penyakit bernama odotoma. Kami merancang membedahnya. Dan mengeluarkan kira-kira 80 gigi," kata  doktor gigi di salah satu hospital di India.

Ini bukan kejadian yang pertama kali, sekitar bulan Julai lalu, remaja berumur 17 tahun telah berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan kira-kira 232 gigi di mulutnya.




0 Response to "Punyai 80 Batang GigiWalaupun Masih Berumur 7 Tahun."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel