Spesies Katak Kerdil Ditemui di India
Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.
Related
�Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,� kata Vijayakumar.
Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.
�Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,� tambah Vijayakumar. � Agensi
0 Response to "Spesies Katak Kerdil Ditemui di India"
Catat Ulasan