Gulai Ikan Nasi Dagang - Resepi Tukang Masak Istana


Resepi dari MR ni..mengikut kata tuan punya resepi ni, gulai ikan ni adalah kegemaran almarhum ayahanda Sultan Mizan..jadi Ummi pun rasa teruja sungguh nak cuba..duk fikir mesti sedapnya..!!! Suka nak bagitau...memang class!! Wallaahhhh...sedap sungguh!! Rupanya teknik memasaknya pun lain kot..Meh tengok! Tapi kena pandai2 la adjust kalu nak masak sikit yaa..Ummi masak untuk seekor ikan jek! Kalu sesape rasa nak masak banyak nak panggil orang makan kat rumah tu..leh la ikut je resepi asal ni..

GULAI IKAN NASI DAGANG (RESEPI ISTANA)

Bahan:-
4 ekor ikan tongkol besar (direbus bersama satu keping gula nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk digunakan dalam kuah nanti) - * Ummi wat 1 ekor jek. (tengok kat sebelah bahan asal, ummi punya sukatan ek)
Untuk Kuah:-
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar (1 sudu besar)
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis (1 sudu besar)
  • segenggam lengkuas yang dihiris (2 cm)
  • 1 inci kunyit hidup/ 1 sudu besar kunyit serbuk (1 inci)
  • 1 labu bawang putih (yang besar) (4 ulas)
  • 2 inci halia (1 inci)
  • 3/4 kilo bawang merah/lebih (8 ulas)
  • 1 1/2 bungkus cili boh (yang RM1.20 sebungkus) (4 sudu besar)
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa (3 sudu besar)
  • 4 keret/keping besar gula nisan - bulatan +- 4 inci (1/2 keping je)
  • santan dari 4 biji kelapa (jangan terlalu cair) (2 cawan)
  • 2 inci kulit kayu manis (1 inci)

Related

Cara Memasak:-
Semua bahan untuk kuah diblend, kecuali kerisik, gula nisan, santan dan kulit kayu manis. Masak santan sehingga naik minyak sedikit (dikacau selalu atas api perlahan), barulah dituangkan bahan kisar diikuti kerisik, gula nisan dan kulit kayu manis. Masak biar lama (api perlahan). Bila santan telah surut separuh, masukkan sedikit air lagi hingga paras pertama tadi dan masak lagi biar surut separuh. Kemudian barulah dimasukkan ikan yang telah direbus tadi serta separuh dari asam gelugor rebus tadi. Tambahkan air rebusan hingga ke paras pertama tadi dan masak dengan api perlahan (reneh) sehingga kuah agak pekat dan kacau sekali sekala sahaja agar ikan tidak hancur. (masak kuah hingga 7 jam dan kuah akan bertukar menjadi gelap dan tulang ikan akan reput macam sardin tu...* tapi Ummi masak sekejap je lah hingga ikan benar2 lembut je dalam 1 jam lebih sikit je..xyah reput tulang laa..perut pun lapar dah aihh).

Related Posts

0 Response to "Gulai Ikan Nasi Dagang - Resepi Tukang Masak Istana"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel