Kek Santan

Cadangnya nak buat kek ni hari Jumaat tu, tp air seharian lak xda..Jadi pagi2 Sabtu kelmarin sebelum ke Gombak tu Ummi pun godek lah kek ni...suam-suam lg akak bawak sana, saja lah nak buat minum petang kat rumah adik...Sedap..lembut...gebuuusss...Ceduk dari dapur Zana tu..Ni jelah yang sempat Ummi snap, guna piring adik je ni, cantik kan?...dah nak habis dan hampir hancuss kek ni kena tibaiii..hehe..thanks Zana..senang nak buat dan sedap banget!! Akak kopipes je laa eh..
Bahan-bahan:-
( 15 orang makan/loyang 8x8x3 in )
  • 4 biji telor gred A - akak guna gred B je..(kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
  • 360g gula pasir (akak letak gula castor)
  • 1biji kelapa = jadikan 400 ml santan (ummi bancuh santan serbuk + 400 ml air)
  • 8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
  • 400g tpg gandum = diayak
  • 4 sudu teh baking powder
Cara-cara:-
  1. pukul gula dan telor hingga kembang
  2. masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
  3. masukkan tpg dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
  5. griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek
  6. bakar 180 C dan bakar 45 minit, sejukkan baru dipotong.

0 Response to "Kek Santan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel