Video.Spesies Labah-labah Laut Gergasi Menyamai Saiz Wajah Manusia.



Sepasukan saintis menemui spesies labah-labah laut gergasi sebesar 25 sentimeter atau menyamai saiz wajah manusia baru-baru ini.

Haiwan marin yang dinamakan sebagai pycnogonids itu ditemui hidup di Lautan Artik dan Lautan Antartik. Spesies itu mempunyai lapan kaki panjang dengan mulut dilengkapi belalai.

Labah-labah laut biasanya mempunyai saiz yang kecil tetapi semakin membesar akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai gigantisme kutub.




Saintis masih tidak dapat mengenal pasti punca berlakunya fenomena tersebut yang turut memberi kesan kepada beberapa hidupan laut lain.

Namun, pasukan saintis dari Yayasan Sains Kebangsaan, Program Antartik Amerika Syarikat, Universiti Hawaii dan Universiti Montana membuat hipotesis bahawa perubahan saiz secara mendadak itu disebabkan oleh kepekatan oksigen yang lebih tinggi dalam air laut sejuk. � Agensi.Jom saksikan video berikut ini:




0 Response to "Video.Spesies Labah-labah Laut Gergasi Menyamai Saiz Wajah Manusia."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel