Guna Kanak-kanak Sebagai Pelayan.
KinderKookKafe adalah sebuah restoran keluarga di Amsterdam yang dijalankan sepenuhnya oleh kanak-kanak mulai dari memasak, melayani, membawa bil hingga mencuci pinggan. Semua kegiatan tersebut dilakukan oleh kanak-kanak dengan sedikit bantuan dari orang dewasa.
Related
Tempat ini terdiri dari restoran, sekolah memasak dan bahagian penjagaan anak. Biasanya ibubapa akan membawa anak mereka ke tempat ini di siang hari dan membiarkan mereka memasak untuk dimakan keluarga mereka. Di dalam dapur kanak-kanak ini akan diajar cara memasak dan melayani tetamu.
Dengan bantuan dan pengawasan daripada dua orang dewasa, kanak-kanak ini dapat menyiapkan hidangan makan malam pada hari Sabtu dan membuat pie serta menyajikannya pada hari minggu. Hari tersebut dipilih kerana bertepatan dengan hari cuti sekolah sehingga tidak mengganggu waktu belajar mereka.
Idea pelik dari tempat ini adalah untuk mengajar anak-anak bagaimana bertanggung jawab dan membantu mengembangkan perilaku yang menyeronokkan dan mewujudkan persekitaran yang mesra untuk kanak-kanak.
0 Response to "Guna Kanak-kanak Sebagai Pelayan."
Catat Ulasan