Kucing Lebih Banyak Dari Manusia Dipulau Ini.
Kampung Tashiro dikenali di Jepun sebagai 'Pulau Kucing'. Namun kini penduduknya yang kebanyakan sudah lanjut usia mengharapkan perkara lain yakni kedatangan penduduk baru. Dihuni 100 penduduk, rata-rata di atas 70 tahun, komuniti Tashiro mengharap para kucing boleh menjadi magnet dalam kempen menarik pelancong dan pada akhirnya menambah jumlah penghuni desa.
Related
Tashiro tidak dihuni seekor anjing pun. Selain itu, pemandangan yang biasa dilihat di bandar-bandar moden di Jepun juga tidak hadir. Sebut saja misalnya kedai serba ada, lampu lalu lintas sampai kanak-kanak. Populasi manusia di situ telah menurun sepuluh kali ganda sejak 1960, kerana banyak penduduk pindah ke bandar lain.
Namun beberapa tahun lalu, Tashiro mulai terkenal sebagai 'Pulau Kucing'. Waktu itu sebuah stesen televisyen membuat acara tentang Jack the Lop Ear, seekor kucing jantan belang hitam-putih. Sekarang Jack adalah tarikan utama di kotanya. Gerak-geriknya yang lembap berbanding kucing lain malah membuat popularitinya melonjak. "Saya begitu senang boleh melihat Jack. Selepas bersara, saya mahu tinggal di sini saja, "kata Shiho Amano, 18, yang menyukai kucing. Amano khusus datang dari Nagoya ke Tashiro untuk menyaksikan pameran foto yang digelar badan promosi pelancongan. Telefon bimbitnya sudah penuh oleh foto-foto kucing terkenal itu.
Kapal feri penghubung ke pulau ini biasanya hanya mengangkut 10-20 penumpang per hari selepas musim panas. Namun sejak September lalu, jumlah itu meningkat dua kali ganda di hari biasa .
"Kami lihat makin banyak yang datang membawa kamera dan makanan, bukannya alat pancing," ujar seorang pegawai kapal feri Ajishima. Ditambahkannya, para pelancong tetap datang meski sudah dekat musim sejuk.
0 Response to "Kucing Lebih Banyak Dari Manusia Dipulau Ini."
Catat Ulasan