Gadis Ini Kumpul 16 Ribu Watak Animasi Pokemon.
Lisa Courtney berasal dari Hertfordshire, England, mempunyai hobi yang unik dengan mengumpul lebih dari 16 ribu watak animasi Pokemon. Gadis berusia 26 tahun itu mengaku telah mengumpulkan segala anak patung Pokemon sejak 17 tahun yang lalu.
Related
Hobi Lisa rupanya berjaya membawanya sebagai pemecah rekod untuk koleksi Pokemon terbanyak di Guinness World Record. Padahal saat itu, Lisa baru mempunyai sebanyak 12 ribu anak patung Pokemon saja.
Lisa bahkan rela terbang ke Jepun semasa filem Pokemon kesebelas dikeluarkan. Ia berusaha mendapatkan koleksi eksklusif Pokemon yang tidak tersedia di Eropah.
Walaupun harus mengorbankan bilik tidurnya, ibu Lisa dan seluruh keluarganya sangat menyokong hobi tersebut. Mereka bahkan membelikan Lisa koleksi baru dalam acara-acara khusus. Ibu dan nenek Lisa harus menempah mainan pertama Lisa dari luar negeri kerana Pokemon belum dijual England saat itu.
0 Response to "Gadis Ini Kumpul 16 Ribu Watak Animasi Pokemon."
Catat Ulasan