Pelajar Ini Tidak Boleh Menutup Mulutnya Sendiri.
Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson berasal dari Britain tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton .
Related
Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.
Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.
Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi
0 Response to "Pelajar Ini Tidak Boleh Menutup Mulutnya Sendiri."
Catat Ulasan