Almari Ini Dah Tolong Gosok Baju.



Nampaknya, kerja menggosok baju akan menjadi lebih mudah selepas ini apabila sebuah syarikat di Britain iaitu Displaysense mencipta sebuah alat yang diberi nama SteamRail sebagai pengganti seterika yang boleh menghilangkan kedutan 35 pakaian dalam masa sembilan minit.

Steamrail merupakan produk buatan sebuah syarikat perusahaan barangan elektronik, DisplaySense yang terletak di Amerika Syarikat. DisplaySense merupakan sebuah syarikat yang menjual barangan melalui sistem dalam talian. Menurut jurucakap DisplaySense, Jim Moody, produk sebegini adalah yang pertama kalinya dicipta di dunia.


Jurucakap Displaysense, Jim Moody berkata, produk mudah alih itu adalah yang pertama dicipta dan ia juga boleh dilipat selepas digunakan. SteamRail yang setanding dengan sistem seterika stim berteknologi itu akan berada di pasaran dengan harga 234 pound (RM1,157). 






Almari steamrail didatangkan sekali bersama-sama beberapa komponen yang terdiri daripada alat stim yang menggunakan teknologi wap, tiub dan juga kabinet. Penggunaan almari ini juga mudah. Langkah pertama, alat stim harus diisi air dan dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian alat stim tersebut akan menukarkan air menjadi wap apabila air dipanaskan ke takat didih. 


Wap yang terhasil itu seterusnya disalurkan ke dalam almari menggunakan tiub yang dibekalkan. Keadaan panas dan lembap yang saling berganti di dalam almari akan menyebabkan fabrik menjadi lembut seterusnya menjadikan pakaian itu licin dan tidak berkedut. 


Menurut Moody lagi, ciptaan ini mengambil masa beberapa tahun bagi proses penyelidikan dan pembangunan. Apa yang menariknya, penggunaan steamrail boleh dilakukan secara berkesan. Ini kerana, komponen-komponennya mudah disimpan.
Kabinet tersebut boleh dilipat dan disimpan di bawah katil dan sebagainya. Penciptaan steamrail dari Displaysense ini merupakan salah satu teknologi yang bersifat inovatif bagi menangani masalah kedutan pada pakaian.



0 Response to "Almari Ini Dah Tolong Gosok Baju."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel