Conteng Muka Anak Kerana Nakal.
Rakaman video pasangan adik-beradik didenda bapanya kerana terlalu nakal dengan mewarnakan keseluruhan wajah mereka menggunakan cat menjadi popular internet.
Video menunjukkan bapa kanak-kanak tersebut meletakkan kedua-dua anak lelakinya itu di dalam sebuah bilik mandi dan memarahi mereka kerana terlalu nakal.
Related
Bagaimanapun, keadaan muka kedua-dua mereka yang comot menyebabkan bapa tersebut akhirnya mentertawakan anak-anaknya.
Video berdurasi empat minit 37 saat itu telah mendapat tontonan hampir 800,000 kali selepas dua hari dimuat naik dilaman perkongsian video YouTube.
Menurut seorang pengguna laman tersebut, Kelly Goodacre, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kelihatan comel dan lucu ketika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain akibat dimarahi.
�Meraka sungguh comel dan kelakar sehinggakan saya ketawa tanpa henti melihat rakaman tersebut,� jelasnya.
Beberapa pengguna lain turut mengakui rakaman tersebut terlalu lucu dan percaya tindakan lelaki terbabit mampu mendisiplinkan kedua-dua anaknya. � Agensi
0 Response to "Conteng Muka Anak Kerana Nakal."
Catat Ulasan