Cacing Bercahaya di New Zealand.
Gua Waitomo terletak tepat di luar bandar Waitomo di Pulau Utara, New Zealand. Gua ini merupakan daya tarikan pelancong yang terkenal kerana jumlah populasi glowworm-nya yang cukup besar.Glowworm adalah nama umum untuk pelbagai kumpulan larva serangga dan bentuk larva betina dewasa yang bersinar melalui bioluminescence - pengeluaran dan pembebasan cahaya oleh organisma hidup.
Mereka kadang-kadang boleh menyerupai cacing, tetapi sebetulnya mereka semua adalah serangga.Gua Waitomo sendiri pertama kali diterokai pada tahun 1887 oleh Tane Tinorau yang didampingi seorang juruukur Inggeris bernama Fred Mace. Penduduk tempatan Maori yang berada di sekitar dua itu, telah lama mengetahui keberadaan Waitomo.
Namun, gua-gua bawah tanah itu tidak pernah diterokai secara meluas sampai suatu ketika Fred dan Tane masuk untuk menyelidikinya. Mereka membina rakit dari batang buluh dan juga membawa lilin ke dalam gua. Mereka pun menyusuri sungai bawah tanah yang berada di gua tersebut dengan peralatan seadanya.Ketika Fred dan Tane akhirnya berjaya masuk ke dalam, mereka mendapati sekumpulan glowworm yang menghiasi siling gua. Mereka pun tergamam akan keindahan cahaya itu.
Saat mereka melakukan perjalanan yang lebih jauh ke dalam, mereka kembali dikejutkan oleh formasi batu kapur yang menawan.sumberGembira atas penemuan mereka, Fred dan Tane pun berkali-kali kembali untuk menerokai gua itu lebih jauh, dan suatu ketika, Tane mencari pintu masuk tepat di bahagian atas gua, yang sekarang dijadikan pintu masuk para pelancong.Pada tahun 1889, Tane pun membuka gua tersebut untuk para pelancong.
Tane dan isterinya, huti, membina kumpulan kecil yang bertugas untuk mengurus gua tersebut. Tetapi pada tahun 1906, pentadbiran gua diambil alih oleh kerajaan. Namun, seperti yang dilaporkan amusingplanet, Tane dan isterinya tetap menerima peratusan dari pendapatan gua dan ikut terlibat dalam pengurusan dan pembangunan Waitomo.
Jom saksikan video berikut ini:
0 Response to "Cacing Bercahaya di New Zealand."
Catat Ulasan