Restoran Punyai Kanak kanak Sebagai Pelayan.


 KinderKookKafe adalah sebuah restoran keluarga di Amsterdam yang dijalankan sepenuhnya oleh kanak-kanak mulai dari memasak, melayani, membawa bil hingga mencuci pinggan. Semua kegiatan tersebut dilakukan oleh kanak-kanak dengan sedikit bantuan dari orang dewasa.

Menu yang dipaparkan juga bukan yang rumit, adalah satu set menu sederhana termasuk hidangan utama dan pencuci mulut. Semua bahan masakan berasal dari bahan-bahan yang segar sehingga makanan dijamin sihat ditambah dengan harga yang berpatutan. Untuk  makan di restoran ini anda perlu menempah meja terlebih dahulu.



Tempat ini terdiri dari restoran, sekolah memasak dan bahagian penjagaan anak. Biasanya ibubapa akan membawa anak mereka ke tempat ini di siang hari dan membiarkan mereka memasak untuk dimakan keluarga mereka. Di dalam dapur kanak-kanak ini akan diajar cara memasak dan melayani tetamu.

Dengan bantuan dan pengawasan daripada dua orang dewasa, kanak-kanak ini dapat menyiapkan hidangan makan malam pada hari Sabtu dan membuat  pie serta menyajikannya pada hari minggu. Hari tersebut dipilih kerana bertepatan dengan hari cuti sekolah sehingga tidak mengganggu waktu belajar mereka.



Gambar makanan yang tertera dalam senarai menu menunjukkan bahawa kanak-kanak ini boleh membuat sandwich, susu kocak, dan kuih panggang. Semua kanak-kanak di sana boleh melakukan pekerjaan seperti memasak, membersih meja, mencuci pinggan, melayani di belakang bar (untuk minuman ringan saja), dan menulis cek.

Idea pelik dari tempat ini adalah untuk mengajar anak-anak bagaimana bertanggung jawab dan membantu mengembangkan perilaku yang menyeronokkan dan mewujudkan persekitaran yang mesra untuk kanak-kanak.


0 Response to "Restoran Punyai Kanak kanak Sebagai Pelayan."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel