Shopping Mall Untuk Ikan Sahaja.
Shopping Mall biasanya dijadikan tempat untuk alternatif berekreasi, baik dilakukan oleh keluargadan orang ramai. Tetapi bagaimana jika kita pergi ke pusat membeli-belah untuk membela ikan yang besar dan banyak?
Mungkin agak pelik, kerana seperti kita ketahui, membela ikan biasanya dilakukan di sebuah kolam dengan ikan yang banyak. Tapi inilah kenyataan yang terjadi di sebuah pusat membeli-belah yang lama ditinggalkan di Bangkok, Thailand.
Tetapi bagaimana boleh sampai ikan membiak dan banyak di pusat membeli-belah tersebut? Lalu apa yang menyebabkan Shopping Mall ini ditinggalkan? Untuk itu, kejadian ini harus mundur ke tahun 1997, di mana awal mula Shopping Mall ini dibina, sebelum akhirnya pemaju bankrap dan ditinggalkan hingga 18 tahun lamanya.
Shopping Mall yang ditinggalkan tersebut, akhirnya menjadi sarang nyamuk selama beberapa tahun, terutama apabila hujan lebat.
Kombinasi dari hujan lebat dan larva nyamuk, menjadikan Shopping Mall ini menjadi kolam dan pembiakan yang baik bagi haiwan amfibia. Lambat laun amfibia, dan nyamuk tersebut cukup mengganggu penduduk setempat, sehingga mereka memutuskan untuk membela ikan, terutama jenis ikan keli dan sebahagian ikan tempatan iaitu jenia talapia.
Selama hampir sepuluh tahun, ikan di pusat membeli-belah tersebut dibiarkan membiak, dan besar. Hingga pada tahun 2015 ini, kerajaan merancang ingin menghancurkan bangunan tersebut. Lalu nasib kira-kira 3,000 ikan tersebut diputuskan, dan penduduk tempatan akhirnya menuai ikan yang sudah besar-besar tersebut.
Kerajaan tidak ingin bangunan yang diabaikan tersebut menjadi sarang penyakit. Untuk itu, penduduknya mengeringkan air yang terpencil di sana dengan pam. Dan mereka akhirnya menuai ikan dengan jumlah dan saiz yang cukup banyak serta besar.
0 Response to "Shopping Mall Untuk Ikan Sahaja."
Catat Ulasan