Tikus Gergasi di Sweeden
![]() |
TIKUS gergasi yang ditangkap di rumah keluarga Bengtsson-Kors�s. |
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.
Related
Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.
Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.
�Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,� kata Signe Bengtsson-Kors�s
Tikus gergasi itu selesa �menetap� di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.
Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.
Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.
Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.
Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.
�Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,�
katanya.-.hmetro.com.
Jom saksikan video menarik ini:
0 Response to "Tikus Gergasi di Sweeden"
Catat Ulasan