Jom Saksikan Taman Menegak di Dalam Rumah.
Seorang ahli botani bernama Patrick Blanc dikenali sebagai "dewa" taman menegak. Sepanjang kerjayanya, dia telah merancang ratusan taman menegak, baik itu di dalam atau pun di luar di seluruh dunia.
Related
Patrick telah berjaya membina rumah impiannya yang terletak di pinggir Paris, bekerja sama dengan arkitek Gilles Ebersolt. Jika dilihat dari luar, rumah Patrick mungkin tidak kelihatan terlalu menarik. Tetapi selepas anda melangkah masuk, anda seperti dibawa ke sebuah dunia baru.
Hampir semua dinding di rumahnya ditutup dengan lumut, pakis, dan daun yang mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Hanya ada satu dinding yang dikhaskan untuk buku-buku Patrick - yang disimpan dalam rak kayu. Bilik mandi di tingkat atas mempunyai pancuran luaran yang menghadap terus ke laman.
Walaupun Patrick adalah seorang pencinta alam, dia tidak menentang penggunaan bahan buatan manusia untuk pembinaan. Misalnya, salah satu dinding di rumahnya juga dibuat dari bahan buatan.
Patrick juga mengatakan bahawa tanaman dinding mempunyai masa depan yang cerah bagi masyarakat bandar. Alangkah indahnya jika ruang kerja atau rumah kita ditumbuhi oleh banyak tanaman. Selain kelihatan lebih segar, tanaman dinding juga boleh membantu melawan pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
0 Response to "Jom Saksikan Taman Menegak di Dalam Rumah."
Catat Ulasan