Perangai Orang Kaya di Arab Yang Sangat Pelik
Mempunyai wang yang banyak memang kekadang membuat orang melakukan pelbagai perkara yang unik dan tidak masuk akal. Seakan wang yang disimpan di bank-bank tidak akan pernah habis, mereka kerap membeli barangan dan memelihara haiwan yang pelik, seperti harimau dan singa.
Tingkah eksentrik ini banyak ditemui di Dubai, bandar dengan jumlah penduduk terbesar di Uni Emirat Arab. Jika di bandar lain, haiwan yang diajak jalan-jalan oleh pemiliknya kebanyakan berjenis anjing atau kucing, maka di Dubai jenisnya kebanyakan adalah haiwan buas.
Seorang pemilik akaun Facebook bernama Maurice X Ferreira Jr memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan kelakuan unik orang-orang kaya Dubai. Dalam beberapa foto, kelihatan mereka asyik memandu sambil ada seekor singa, harimau dan bahkan cheetah, duduk di sebelahnya.
Haiwan-haiwan karnivor ini sesekali menjenguk ke luar melalui tingkap yang memang sengaja dibiarkan terbuka. Meskipun kaca dibuka, namun haiwan-haiwan ini tetap memakai tali kekang, untuk menghalang mereka lari keluar secara tiba-tiba.
Yang lebih unik lagi, ada seseorang yang nampaknya lebih memilih unta sebagai alat pengangkutan. Ketika hendak memasuki sebuah pusat membeli-belah, si pemilik dengan selamba meninggalkan unta tunggangannya di salah satu tempat letak kereta.
Terakhir, ada gambar yang menunjukkan seekor singa tengah asyik duduk di atas bonet kereta Porsche. Mungkin si pemilik takut keretanya dicuri, sehingga ia sengaja meletakkan singa peliharaannya sebagai penjaga.
0 Response to "Perangai Orang Kaya di Arab Yang Sangat Pelik"
Catat Ulasan