10 Alasan Kenapa Kena �Stop� Minum Air Gas Dari Sekarang

Image result for 10 Alasan Kenapa Kena �Stop� Minum Air Gas Dari Sekarang


Kita sering mendengar bahawa setiap hidangan minuman soda atau air bergas dalam tin sekurang-kurangya mengandungi 10 sudu gula yang sebenarnya tidak sihat untuk dinikmati sebagai diet harian.

Diabetes atau kencing manis terutamanya, adalah penyakit utama yang sering menyerang mereka yang menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman kegemaran.
Tidak kisah andainya seseorang meminumnya sekali-sekala, namun jika tubuh anda sudah obses dahagakan minuman bergas sebegitu bagaimana? 
Tahukah anda bahawa selain mempunyai implikasi yang bisa menghakis tulang dalam badan sehingga menyebabkan penyakit tulang rapuh (osteoporosis), minuman berkarbonat juga sebenarnya mengandungi satu bahan lain iaitu kafein yang bertindak seperti dadah lalu menyerang otak sebelum membuatkan seseorang terus ketagih dengannya.
Seperti kopi, seseorang yang sudah terbiasa mengambil kopi setiap pagi perlu terus meminumnya setiap hari kerana jika tidak tubuh mereka akan berasa letih dan sangat lemah. Kandungan kafein tersebut sudah memberi impak negatif pada otak membuatkan individu jadi ketagih.
Ini 10 Alasan Penting Kenapa Perlu Berhenti Minum Air Berkarbonat Dari Sekarang!
1. Obesiti: Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard, penyakit obesiti lazimnya disebabkan pengambilan air berkarbonat yang tidak terkawal. Hasil kajian mendapati, kanak-kanak 12 tahun yang gemar minum air gas lebih berisiko untuk terkena obesiti atau kencing manis. Bahkan, setiap kali anda mengambil minuman bergula itu, risiko terkena kencing manis akan meningkat sebanyak 1.6 kali.
2. Badan Kekurangan Bendalir: Kerana kandungan gula, kafien dan sodium yang tinggi dalam air gas, ia seterusnya akan bertindak mengeringkan tubuh badan manusia untuk jangka masa lama. Paling bahaya, ia boleh menyebabkan dehidrasi kronik yang kemudian memberi impak kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati serta otot.
3. Kerosakan Gigi: Jika selalu minum soda atau minuman bergas ini, ia akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan merosak struktur gigi lalu menyebabkan kaviti serta sakit gusi.
4. Tiada Kandungan Nutrisi: Memang tak ada satu langsung pun manfaat nutrisi dalam minuman berkarbonat. Ia mengandungi sumber kandungan bukan semula jadi seterusnya membahayakan tubuh.
5. Fruktosa Berlebihan: Untuk pengetahuan umum, soda mengandungi High Fructosa Corn Syrup (HFCS) yang diperbuat daripada jagung. Secara dasarnya, jagung-jagung yang digunakan telah diubah secara genetik. 
Penghasilan High Fructosa Corn Syrup sendiri merangkumi merkuri dalam pemprosesannya yang menyebabkan masalah jangka masa panjang terhadap tubuh.
6. Kafein: Kebanyakan minuman bergas memang mengandungi kafein yang sering dikaitkan dengan penyakit membunuh seperti kanser, degupan jantung tidak normal, tekanan darah tinggi dll.
7. Pemanis Tiruan: Dalam soda diet seperti Diet Cola umpamanya mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Namun, pemanis tiruan inilah menjadi punca kepada ketumbuhan otak, gangguan emosi, sawan dan oelbagai lagi penyakit yang tidak dijangka. Ini berlaku kerana tindak balas tubuh terhadap kandungan metanol yang terhasil adalah tidak serasi.
Bukan itu sahaja, ia juga berisiko untuk tingkatkan sindrom metabolik yang menyebabkan pengumpulan lemak di perut (buncit), peningkatan kolesterol serta kandungan gula dalam badan.
8. Sumber Air Tidka Bersih: Air yang digunakan untuk melarut bahan-bahan dalam air bergas tersebut adalah air paip semata-mata yang mungkin mengandungi klorin, florida serta kesan logam.
9. Kandungan Gula Tinggi: Seperti yang kita semua tahu, syarikat pengeluar minuman ringan adalah pengguna gula terbesar di beberapanegara dalam dunia. Gula yang larut dalam minuman berkarbonat adalah sudah dicairkan menjadikannya jumlah yang boleh menyebabkan bukan sahaja kencing manis bahkan berat badan bertambah!
10. Asid Fosforik: Soda mengandungi asid fosforik yang akan menggangu proses tubuh� menyerap dan menghakis kasium dari tulang hingga menyebabkan masalah tulang rapuh. Ia juga bertindak balas dengan asid perut, melambatkan penghadaman dan menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan.
Sumber : wanista.com

0 Response to "10 Alasan Kenapa Kena �Stop� Minum Air Gas Dari Sekarang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel