Gaya Rambut Seperti Ekor Kuda
"Warna merah dinilai sebagai simbol kecantikan dan wanita Himba membuat seluruh tubuhnya berwarna merah, bukan hanya rambutnya. Bahkan baju dan perhiasannya juga dibaluri dengan campuran merah itu, "jelas Lafforgue.
Related
Selain itu, agar model rambutnya tidak rosak, wanita Himba tidur menggunakan bantal kayu. Rambut mereka disalut dengan campuran tanah warna merah dan lemak yang disebut sebagai otjize. Otjize berfungsi sebagai sunscreen rambut dan pengusir serangga.
Berbeza dengan rambut wanita Himba yang penuh kesabaran untuk mengurusnya , para lelaki Himba hanya mempunyai gaya rambut gimbal yang sederhana menyerupai tanduk lembu . Ketika seorang lelaki Himba berkahwin , lelaki itu akan menutup kepalanya dengan serban .
Jurugambar Lafforgue menjelaskan " Perkahwinan adalah perkara yang penting bagi suku Himba namun hubungan ekstramarital dianjurkan baik bagi lelaki mahupun wanita Himba " . Garis keturunan Suku Himba bukan patrilineal ( mengikuti ayah ) atau matrilineal ( mengikuti ibu ) . Garis keturunannya ditentukan dari pihak ayah dan ibu .
Meskipun demikian pembahagian kuasa dalam kehidupan rumah tangga masih didominasi oleh suami . Khusus untuk urusan ekonomi rumah tangga , isteri lah yang memegang peranan . Gaya hidup suku Himba kini semakin dipupus oleh budaya barat yang moden . Hal ini terutama terjadi pada lelaki suku Himba . " Di setiap tempat , tradisi semakin hilang kerana kemasukan gaya hidup moden . Namun wanita Himba nampkanya lebih ingin mempertahankan tradisi . Berbeza dengan para lelakinya , " ucap Lafforgue .
0 Response to "Gaya Rambut Seperti Ekor Kuda "
Catat Ulasan