Aksesori Aneh Diilhamkan Dari Filem Harry Potter





Meskipun siri filem dan novelnya sudah berakhir, cerita "Harry Potter" seolah-olah masih ada di hati peminat. Pelbagai cara pun dilakukan oleh peminat termasuk mengumpul barang-barang seperti jubah dan tongkat sihir seperti dalam filem.

Untuk menambah koleksi dan menunjukkan bahawa anda adalah peminat sejati "Harry Potter", aksesori super unik ini seolah-olah wajib dimiliki. Beredar di dunia maya, foto-foto aksesori yang dijual secara dalam talian yang pasti akan membuat anda ingin kembali menonton filem-filemnya.

Aksesori tersebut terdiri daripada pelbagai jenis perhiasan seperti kalung, anting-anting, cincin dan gelang. Namun tidak perlu bimbang, aksesori-aksesori cantik itu tidak hanya boleh dipakai kaum perempuan. Lelaki juga boleh memakainya.




Lantaran diilhamkan daripada "Harry Potter", aksesori ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk seperti yang ada dalam filem misalnya tongkat sihir sehingga snitch, bola emas yang terbang laju
di perlawanan Quidditch. Dalam sebuah foto, ada kalung yang mirip dengan Time Turner Necklace kepunyaan Hermione. Di foto lain, terdapat juga kalung dengan liontin berbentuk Golden Egg milik Cedric Diggory di "Harry Potter and the Goblet of Fire".

Bukan cuma itu sahaja, aksesori lain yang masih bertema penyihir juga dijual. Diantaranya adalah cincin bertuliskan 9 3/4 (platform kereta ke Hogwarts), cincin berbentuk penyapu terbang dan kacamata, kalung berloketkan sebiji mahkota Rowena Ravenclaw dan masih banyak lagi.

0 Response to "Aksesori Aneh Diilhamkan Dari Filem Harry Potter"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel