Awas Para Wanita! Jangan Ambil Mudah Sakit Belakang dan Sakit Kaki Antara 7 Petanda Rahim Tidak Sihat
Benarlah kata orang Wanita memang 'super women'. Di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan daripada pagi hinggalah ke petang.
Keluar sahaja daripada pintu pejabat, otak serta merta bertukar untuk menyambung tugasan pada keluarga di rumah.
enarlah kata orang Wanita memang 'super women'. Di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan daripada pagi hinggalah ke petang.
Keluar sahaja daripada pintu pejabat, otak serta merta bertukar untuk menyambung tugasan pada keluarga di rumah.
Sakit Ari-ari
Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.
Kerap Kencing atau Tak Lawas
Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.
Sakit Ketika Bersetubuh
Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.
Angin Pada Perut
Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.
Kentut Vagina
Kentut vagina atau angin yang keluar melalui 'pintu depan' ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.
Cara Atasi Masalah Ini Di Rumah
Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini. Apa yang anda boleh lakukan.
1.Urut Sendiri
Jika tujuh petanda ini dialami anda, ada baiknya anda mencuba sendiri untuk menaikkan semula rahim yang lemah dan jatuh. Caranya adalah berbaring, sapukan minyak di sekitar bawah perut dan tarik atau urut naik ke atas. Mulakan daripada sisi kiri dan kanan dan tolak ia naik ke atas. Lakukan perlahan.
2. Minum Air Rebusan
Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengamalkan jus kunyit atau halia bagi membersihkan rahim, memantapkannya semula disamping membuang masalah angin. Ini yang boleh dilakukan dengan segera di rumah.
3. Bertungku
Panaskan seketika tungku dan bertungkulah jika punya masa. Lakukan tolakan dari kiri ke atas. Lakukan proses ini hingga seluruh kawasan rahim.
4. Berurut
Kemudian barulah anda mencari altenatif untuk melakukan urutan tradisional bagi memulihkan semula rahim dan mengangkatnya pada kedudukan asal. Carilah mereka yang benar-benar pakar serta mengamalkan urutan tradisional.
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my
0 Response to "Awas Para Wanita! Jangan Ambil Mudah Sakit Belakang dan Sakit Kaki Antara 7 Petanda Rahim Tidak Sihat"
Catat Ulasan