�BULI�. PUNCA DAN LANGKAH MENGATASINYA
Buli adalah perkara yang bukannya asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini. Dewasa ini, kes buli semakin menjadi-jadi dan membimbangkan masyarakat. Laporan mengenai gejala buli yang dilaporkan dalam media cetak dan elektronik menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada yang membawa maut. Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.Gejala buli di sekolah juga semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang sehingga boleh menyebabkan kecederaan bahkan juga kematian terhadap mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.
Related
Gejala buli ini akan mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi luaran dan dalaman. Kesan luaran yang dilihat pada mangsa buli ialah kecederaan yang dialami pada fizikal mereka dan besar kemungkinan kecederaan yang parah akan membawa kepada kematian. Kesan dalaman pula ialah kesan psikologi ke atas mangsa buli seperti trauma,hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran. Ada sesetengah mangsa yang mengalami tekanan akan menanam azam untuk membalas dendam kepada orang lain. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan harga diri mereka kembali. Manakala pelajar yang membuli pula akan dikenakan tindakan seperti digantung persekolahan.
Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika membabitkan kematian. Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat.Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah �melentur buluh biarlah dari rebungnya.�Ibu bapa boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.
Selain itu, filem dan rancangan televisyan yang memaparkan aksi yang ganas juga harus ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem terlebih dahulu.Hal ini kerana pelajar mudah terikut-ikut akan adegan yang ditunjukkan seperti di dalam filem tersebut juga.Pemilihan bahan tontonan yang bersesuaian juga digalakkan bagi membina sahsiah seterusnya memupuk kecerdasan minda pelajar.Misalnya,ibu bapa boleh memilih rancangan televisyen yang bersesuaian dengan pelajar semasa membuat pemilihan rancangan dari rangkaian televisyen terbesar seperti Astro.
Konklusinya,gejala buli ini haruslah ditangani dengan segera sebelum menjadi nanah dalam masyarakat.Jika masalah ini semakin berleluasa maka sukar bagi negara kita untuk maju kerana remaja merupakan aset terpenting negara dan akan menerajui negara pada masa depan bak kata peribahasa Melayu �pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara.�.Oleh itu semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang masalah sosial ini.Semoga berkat usaha gigih semua pihak kita dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memacu negara ke puncak kecemerlangan.
Sumber: http://norsafarinakassim.wixsite.com
0 Response to "�BULI�. PUNCA DAN LANGKAH MENGATASINYA"
Catat Ulasan