USAID BIN HUDHAIR - Selebriti Langit dan Bumi
Usaid bin Hudhair merupakan pembesar kabilah Aus. Memeluk Islam di tangan utusan Nabi ke Madinah is'ab bin Umair, beberapa ketika sebelum peristiwa hijrah. Pengislaman beliau telah menyebabkan ramai anggota kabilah Aus lain mengikut jejaknya.
Related
- Benarkah Anak Istimewa Itu Satu Anugerah Dan Tidak Semua Orang Terpilih Untuk Diduga Sebegitu? Atau Sekadar Untuk Memujuk Hati Yang Lara?
- Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
- Manfaat Luar Biasa dari Kebiasaan Mendoakan Orang Lain
Beliau juga adalah perwira di medan perang. Menurut para sahabat, kalau beliau tidak keluar berjihad, pasti beliau memenuhi masanya dengan al-Quran. Beliau suka membacanya di tengah malam yang sunyi, disaat orang lain sedang tidur.
Selain itu beliau memiliki tahap pemikiran yang bijak lagi genius. Kerana itu beliau mudah tertarik kepada Islan. Kelebihan dirinya yang begitu banyak sehingga beliau digelar sebagai al-Kaamil, bermakna yang sempurna.
Pernah suatu malam yang tenang, nyaman dan indah, Usaid keluar duduk di halaman rumahnya. Kuda perangnya diikat tidak jauh dari tempat duduknya itu.
Maka terdetik dalam hatinya untuk memperindahkan lagi malam itu dengan ayat-ayat al-Quran. Lalu dengan suara merdunya itu beliau membacakan:
???. ??? ?????? ?? ??? ??? ??? ???????. ????? ?????? ?????? ??????? ?????? ???? ??????? ??????.
Tiba-tiba dia mendengar bunyi kudanya meronta dan melompat, seolah-olah takutkan sesuatu. Kuda itu meronta sangat kuat sehingga hampir ikatannya tercabut. Kemudian ia kembali senyap, dan bertenang.
Usaid menyambung bacaannya:
????? ??? ??? ?? ???? ?????? ?? ????????..
Kuda itu meronta lagi. Kali ini lebih kuat dan cemas. Tetapi selepas itu kembali senyap dan tenang.
Perkara itu berulang beberapa kali. Setiap kali beliau membaca, kudanya itu akan meronta.
Usaid bimbang takut kuda itu terlepas dan terpijak anaknya, Yahya yang sedang tidur di sisinya. Lalu beliau bangun untuk mengejutkan Yahya.
Pada ketika itulah, beliau mendongak ke langit, terlihat awan besar memayungi langit. Di hujung-hujungnya terdapat gugusan cahaya umpama pelita. Cahaya itu bersinar memenuhi kaki langit. Cahaya itu bergerak secara menaik, semakin lama semakin tinggi, hingga lama-kelamaan hilang dari padangan.
Peristiwa itu menakjubkan Usaib. Tidak pernah dilihat perkara yang seindah dan sehebat itu.
Keesokan hari Usaid menceritakan perkara itu kepada baginda Nabi SAW. Sabda baginda kepada beliau:
"Itulah dia malaikat wahai Usaid. Mereka datang untuk mendengar bacaanmu. Seandainya engkau meneruskan bacaanmu semalam, nescaya semua manusia yang ada akan dapat melihat malaikat tersebut. Malaikat itu tidak akan menyembunyikan diri."
Beruntung sahabat bernama Usaid bin Hudhair ini. Bacaannya bukan sahaja digemari penghuni bumi, tetapi juga penduduk di langit. Seindah-indah makhluk bernama malaikat, masih menagihkan keindahan bacaan al-Quran beliau.
Tidak mustahil qari dan muqri dalam umat akhir zaman ini mendapat kelebihan seperti sahabat itu, seandainya hak al-Quran ditunaikan sebaiknya laksana Usaid. Usaid bukan sahaja menyibukkan diri membaca al-Quran, bahkan beliau juga sibuk dengan dakwah sehingga mampu Islamkan sebilangan besar kaumnya Aus, menjadi golongan Ansar yang amat dikasihi Nabi dan mereka kasihkan Nabi.
Beliau juga sibuk dengan jihad sehingga itulah kerja paling utamanya. Beliaulah antara yang menadah tubuh membentengi Rasulullah, pada saat cemas dalam perang Uhud, sehingga meninggalkan tujuh kesan tikaman pedang yang sangat ngeri pada tubuhnya.
Qari yang sebenar adalah qari yang tidak berbangga dengan indah suaranya. Tetapi sejauh mana dia menjadikan al-Quran pedoman dalam kehidupan sehariannya.
Sumber: https://www.facebook.com
0 Response to "USAID BIN HUDHAIR - Selebriti Langit dan Bumi"
Catat Ulasan